Gambarajah bagaimana data dari tapak projek dihantar untuk pemantauan.
Alat 'inverter' dalam sistem solar hibrid.
Panel solar untuk sistem solar hibrid


Inverter dalam sistem solar hibrid


Electrical power and protection system


Power monitoring display unit.


Cabinet/box for controller.


Interface dimana segala data-data dari power monitoring system untuk dihantar ke satelit menggunakan VSAT melalui alatan ini.


Bateri untuk solar hibrid (2V, 3000AH) setiap satu biji bateri.


Generator set.


Generator set dalam kabinet khas.


Projek Solar Hibrid Untuk Sekolah-Sekolah Pendalaman Sabah.

Projek solar hibrid ini adalah di bawah peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membekalkan bekalan elektrik 24 jam ke sekolah di pendalaman Negeri Sabah. Saya juga terlibat melaksanakan projek ini di bawah Unit Perunding ICT, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Di dalam sistem solar hibrid terdapat enam (6) perkara asas yang membuatkan sistem ini berfungsi.

1. Solar Panel.
2. Bateri.
3. Generator.
4. Inverter.
5. Controller.
6. Bateri charger.

Solar panel dipasang untuk menukarkan cahaya matahari pada siang hari kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik daripada solar panel adalah dalam bentuk arus terus (DC) dan di sini inverter dipasang untuk menukarkan arus terus (DC) kepada arus ulang-alik (AC). Arus ulang-alik akan dihantar ke rumah/bangunan untuk bekalan elektrik 240VAC, 50Hz mengikut standard bekalan elektrik di negara kita.

Bateri dipasang untuk membekalkan bekalan elektrik kepada pengguna apabila cahaya matahari tidak cukup lagi untuk memberikan tenaga elektrik terutama pada malam hari (bermula pada waktu petang). Bekalan elektrik akan terus disambungkan menggunakan bateri yang juga disalurkan melalui inverter untuk bekalan tenaga elektrik 240VAC, 50Hz.

Generator hanya akan berfungsi (biasanya pada waktu malam) untuk memberikan bekalan elektrik 240VAC 50Hz, apabila tenaga bateri tidak dapat menampung atau kekurangan tenaga. Generator turut sama untuk mengecas bateri tersebut disamping membekalkan keseluruhan tenaga elektrik yang diperlukan oleh rumah/bangunan sekolah.

'Controller' adalah merupakan nadi dalam sistem solar hibrid. Tanpa alat ini, bekalan elektrik 24jam tanpa gangguan tidak dapat dilakukan sepenuhnya. 'Controller' akan menjadi alat penghubung kepada semua sistem dalam solar hibrid. Bagaimana fungsinya adalah seperti di bawah.

Pada waktu siang hari (pagi) solar panel mula mendapat cahaya matahari dan mula membekalkan tenaga elektrik. 'Controller' akan mengawal sistem solar panel untuk membekalkan tenaga elektrik ke rumah/bangunan sekolah. Disamping itu juga bateri akan dicas hingga penuh (full charge) menggunakan bekalan elektrik dari solar panel. Apabila bateri sudah 'full charge', controller akan mengarahkan bateri dalam 'standby mode'. Menjelang senja apabila cahaya matahari semakin kurang, 'Controller' akan menukarkan tenaga bateri untuk mengambilalih solar panel supaya membekalkan tenaga elektrik ke rumah/bangunan. Jika sekiranya pada watu malam, tenaga bateri sudah berkurangan, 'Controller' akan mengarahkan generator untuk membekalkan tenaga elektrik dan disamping itu juga akan turut mengecas bateri sehingga penuh. 'Controller' akan mengarahkan generator supaya 'Cut Off' apabila bateri sudah dicas penuh dan bekalan elektrik akan disalurkan semula ke rumah/bangunan menggunakan tenaga bateri sehiggalah cahaya matahari muncul di ufuk timur. 'Controller' akan menukarkan tenaga solar panel supaya membekalkan tenaga elektrik semula dan begitulah putarannya setiap hari.

Dalam sistem ini, dipasang juga 'Power Monitoring System), dimana segala data-data voltan, arus, panel solar dan yang bersangkutan akan dihantar melalui satelit ke Ibu Pejabat JKR, Unit Perunding ICT dan Ibu Pejabat KPM Putrajaya untuk mengetahui keberkesanan dan perjalanan sistem solar hibrid setiap setengan jam pada setiap hari. Segala maklumat ini akan dipantau untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa berfungsi di sekolah-sekolah tersebut.

3 comments:

DiyTechBlogs said...

pak maulud. Dah ada blog pun tapi start wat duit ngan bloglah pak maulud. Bukan maksud menjual produk.more info click here

Muhammad Hasnan Bin Abd Manan said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Hasnan Bin Abd Manan said...

Assamualaikum..bateri solar hibrid tu mst ade air bateri tak? Sbb sy tgk bateri di sekolah sy kering.