Kenangan dulu.... 13 Skuadron Semboyan PSTD.

Saya pernah menjadi anggota pasukan simpanan tentera darat (PSTD) di 13 Skuadron Semboyan (PSTD) dan menjalani berbagai latihan ketenteraan. Tujuan utama saya menganggotai rejimen ini adalah semata-mata untuk mempelajari teknik perhubungan radio yang memang saya minati. Pada masa tersebut tiada tempat latihan alat perhubungan radio untuk menjadi seorang ahli radio amatur.
Membuat lukisan elektrik.
Memasang cable tray.
Berehat di rumah Ryokan, Kyoto, Japan.
Makan malam mengikut tradisi orang jepun.

Tea Ceremony
Gadis jepun sedang menyediakan minuman teh.
Sempat bermain salji di Matsumoto, Japan.
Lapangan Terbang Taiwan... berhenti sekejap..

Kenangan Dulu-Dulu.............. Jepun.

Gambar kenangan semasa menjalani latihan perindustrian di bawah program Look East Policy. Sempat berada di negara Jepun selama enam (6) bulan..... Saya membuat latihan di Toko Denki Koji, Ichikawa-Shi, Chiba, Jepun. Berbagai-bagai latihan dari pendawaian hinggalah pemasangan kabel optik dibuat di sana. Banyak kenangan dan pengalaman yang dibawa pulang.....

Jalan Balak Di Sarawak....

Pengalaman bertugas di pendalaman Sarawak.... Sapa kata Sarawak takde highway???.... Memang Sarawak takde highway, tapi jalan balak ni bermula di Bekenu sehingga ke Ulu Baram dah boleh buat highway bila balak dah habis... cuma turap tar aje.... he he he....
Semasa mengekori lori balak untuk ke lokasi kerja dalam debu kita perlu berhati-hati....


Perkara yang tidak dijangka akan berlaku jika tidak berhati-hati...


Perasaan cemas muncul bila tiba-tiba sebatang balak terjatuh dari lori di depan mata.....


Sanggup menolak bot yang tersangkut di air sungai yang cetek (tapi aku tak turun tolak sebab diorang kata 'boss dudok jer diam-diam kat dalam tu...kami saja turun tolak)..... he he he....


Sanggup turun jalan kaki menyusur tebing sungai sebab cemas melihat jeram untuk ke lokasi projek.


Sanggup jalan kaki kalau disuruh naik gerabak keretapi seperti itu... (lokasi: Pangi, Sabah)


Sanggup mencari jalan lain sebab cemas melihat jalan yang sudah rosak teruk. Berputar hampir 20km.....


Confirm aku turun dulu dari kenderaan 4 x 4wd bila kena lalui juga jalan ini... biar aku jalan kaki melintasi jalan tersebut.....


Saat yang paling mencemaskan bila sub-gear kipas injin patah terlanggar batu jeram sungai... terima kasih kepada orang kampung yang sanggup menukar enjin botnya untuk memastikan kami sampai ke tapak projek....


Timbul perasaan cemas bila menghilir atau mudik sungai rajang terutama di liku-liku sungai kerana banyak terdapat tongkang pengangkut balak yang tenggelam dan pemandu bot kena berhati-hati agar tidak melanggarnya.....




Timbul perasaan cemas bila menyeberangi sungai rajang, sarawak yang luas dan berarus deras dengan menumpang bot kecil..... sentiasa berdoa agar feri tak lalu masa tu... maklumlah ombak feri agak tinggi....


Timbulny perasaan cemas bila......

Perasaan cemas dan gemuruh akan terjadi pada diri seseorang bila melihat, mendengar dan mengalami perkara-perkara yang tidak pernah dilaluinya....
Perkampungan Pa Dalih dari udara.


Bergambar di rumah panjang Rumudi sebelum bergerak ke Pa Dalih.


Jalan Darat Ke Pa Dalih.


Berehat sebentar dalam perjalanan. Awas... pacat kat sini pandai terbang (melenting jauh), dah lah tu, badannya sebesar batang rokok.....


Berehat lagi....


Perjalanan melalui lorong kerbau kalau kat kampung aku..


Demi tugasan...


Lega rasa badan bila kena urut begini....


Ini yang best.... jalan kaki hampir 11jam... sampai je ke rumah penginapan, ada tukang urut pulak..... pehhhh, lega bebenor lerrrr...


Muka ceria lepas kena urut...


Makan pulak tak pakai pinggan..... nasi dalam daun..... sedap sungguh.... kena pulak beras bario.


Rumah d isini ada tempat berganggang kat tengah rumah untuk menghilangkan kesejukan malam...


Jangan tanya kat bilik siapa aku tidor..... Kalau kat rumah aku, mesti bilik anak dara aku .... sebab kata-kata cinta banyak ditulis di penjuru kepala........ he he he...


Projek USP di Klinik Kesihatan Pa Dalih.


Solar panel untuk projek USP.


Telefon awam untuk penduduk Pa Dalih.


Projek USP.


Pelan susunatur peralatan projek USP di Klinik Kesihatan Pa Dalih.


Pemandangan indah Pa Dalih. Di sebelah bukit adalah sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia.


Kenangan Di Kg Pa Dalih, Bario, Sarawak.

Pengalaman berjalan kaki hampir 10jam setengah dari rumah panjang Rumudi. Pa Dalih merupakan sebuah perkampungan kaum kelabit yang terletak 3000 meter dari aras laut. Untuk sampai ke perkampungan ini cuma melalui jalan udara sahaja selain dari jalan darat (kena jalan kaki samada dari Bario atau Rumudi). Terdapat juga jalan sungai tetapi kena berjalan kaki lebih kurang 3 jam dari perkampungan kaum kelabit di Rumudi. Penggunaan jalan sungai agak begitu menggerunkan kerana terdapat banyak jeram jika hendak ke sana. Saya terpaksa berjalan kaki kerana dimaklumkan jarak perjalanan dalam 4 jam sahaja. Sebenarnya ia mengambil masa yang lebih panjang lagi kerana jurupandu-arah mengatakan hanya sebatang rokok sahaja untuk sampai ke destinasi.

Untuk makluman, Pa Dalih adalah terletak di tanah tinggi dan keadaan suhu yang sangat sejuk pada malam hari. Lebih sejuk dari Bukit Fraser. Perkampungan ini terletak berhampiran sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
Parabola telah dipasang sedia untuk dibuat penalaan ke satelit di angkasa.


Membuat penalaan parabola menggunakan alatan ujian spectrum analyser untuk memastikan parabola dan satelit berada dalam 'line of sight' dan ujian kekuatan signal penerimaan dari satelit.


Pemasangan splitter uit pada kabel sambungan dari LNB ke dekoder dan meter pengujian Spectrum Analyser.


Splitter Unit.


Spectrum Anayliser.


Kabel penyambungan Spectrum Anayliser ke Splitter Unit.


Dekoder dan Modem serta telefon pejabat.


Komputer untuk projek USP. Dari sini (modem/dekoder dalam rak di penjuru bilik)) akan disambungkan ke telefon awam dan telefon pejabat. Komputer juga digunakan untuk membuat setting peralatan VSAT menggunakan Hyper Terminal.


Telefon Awam. JKR pun terlibat melaksanakan projek telefon awam nih.......


Membuat pemeriksaan akhir pada parabola.


Sistem VSAT telah sedia untuk digunapakai.

Pemasangan Sistem Very Small Aparture Terminal (VSAT).

Sebagai seorang ahli radio amatur (hamradio) saya sangat gembira kerana berpeluang terlibat dalam sistem komunikasi satelit. VSAT adalah merupakan sistem komunikasi satelit yang digunakan dalam projek USP. Projek yang diuruskan oleh Unit Perunding ICT, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Lebih banyak ilmu yang berguna melalui projek ini saya dapati. Pengalaman ini sangat berguna sebagai seorang radio amatur seperti saya.