Stesen radio amatur saya.

Untungnya Jadi Ham, Banyak Dapat Belajar.

Alkisahnya aku ni kira beruntung jadi ham. Kerna hamlah aku dapat merayau satu malaya termasuk sabah dan sarawak. Apa taknye, masatu satu unit baru ditubuhkan di jabatan aku. Unit ICT dibawah Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia. Unit yang baru ini melaksanakan kerja-kerja khas berkenaan projek ICT. Aku telah diarahkan bersama-sama dengan unit ini melaksanakan projek-projek di seluruh negara. Antara projek tersebut ialah projek USP Fasa I hingga USP Fasa V, USP MCMC (SKMM), Projek Solar Schoolnet, Projek Solar Hibrid dan Projek Campus Networking. Projek ni banyak melibatkan teknologi baru seperti VSAT, Solar System dan Networking System. Banyak pengalaman yang boleh didapati semasa aku jaga projek ni. Ceritqa banyak pun tak guna setakat cukuplah dengan pengalaman yang ada.
Belalang goreng buat bekalan untuk ke Pa Dalih.

Sup katak dan belalang goreng.

Ni satu lagi kenangan indah masa kat Long Bangak. Masa tu aku menumpang kat rumah ketua kampung. Aku ni biasalah, rumah orang rumah aku, rumah aku rumah aku... he he... Masa aku lalu kat dapur, aku tercium bau masakan yang amat harum dari dalam periuk. Akupun bukale periuk tu dan rupanya tuan rumah tengan masak sup katak. Nasib aku tak makan.....

Sup katak
Belalang juga jadi makanan kat tempat ni. Aku biasa juga makan belalang masa kecik di kampung dulu. Cuma belalang tu, aku panggang kat api. Belalang goreng ni, rupenya sedap juga dimakan.
Penduduk Kampung Pa Dalih, Bario
Penduduk Kampung Pa Dalih, Bario
Majlis barbique......
Menandatangani borang serahan boleh gunapakai projek usp.
Penduduk Kampung Pa Dalih, Bario
Aku dimunta memberikan ucapan kepada penduduk Kampung Pa Dalih, Bario.
Ni dia daging khinzir panggang...

Jamuan Kesyukuran Kaum Kelabit.

Satu kenangan semasa membuat tugasan TnC projek USP di Kg Pa Dalih, Bario, Sarawak. Kaum kelabit telah membut jamuan kesyukuran keraana telah dapat menghubungi dunia luar samada melalui telefon atau internet. Aku rasa macam wakil rakyat plak bila diminta memberikan ucapan sebagai wakil kerajaan kepada penduduk kat situ. Tiga ekor khinzir tumbang sebagai sajian. He he... Jangan cuba-cuba nak rasa daging tu......







4 x 4.... Satu Kenangan.


Aku ni bukanlah peminat 4 X 4. Tapi kerana tugasan, aku terpaksa menggunakan kenderaan tu untuk bergerak masuk ke kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Kalau guna kenderaan biasa alamat tak sampai le aku ke tempat tugasan. Macam-macam pengalaman masa menggunakan kenderaan ni. Kenderaan rosak ditengah perjalanan, meredah hutan belantara, melalui jalan-jalan sukar, dan macama-macam lagi.
HF antena kat atas bumbong (Inverted V type)
Antena mobile kat keta aku.
Antena mobil kat kete kesayangan aku.
Amateur Station Apparatus Assigment (ASAA) Dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Lesen Penguntukan Radas Radio Amatur.


Stesen radio amatur dikenali 9W2LUD BASE STATION. Kat rumah aku laa....


Peralatan radio amatur yang aku ada hanya inilah saja....


Antena untuk radio amatur.....


Koleksi handy (walkie-talkie).


Some of equipments for electronic testing purpose.


Bagaimana Bermulanya Hobi Radio Amatur.

Hobi ngan radio amatur ini sudah lama..... cuma pada masa dulu-dulu kalau nak main radio ni, agak susah nak ambil AA, tak macam sekaarang ni. Dulu-dulu alamatnya main harami je le. Nak ambik lesen tah kat mana, tak tau tempat nak tuju. Kena pulak masa tu tinggal nun jauh di pendalaman. Kalau tinggal kat KL ke. Penang ke, mungkin mudah sikit nak ambil AA kot...

Aku minat ngan radio amatur ni masa belajar kat kolej lagi. Sebagai student, selalu gak baca majalah elektronik terbitan luar negeri. Kat dalam majalah tu ada iklan, bagaimana nak jadi seorang ham radio. Kena daftar untub belajar dulu ngan mereka.

Oleh kerana terlalu minat dan tiada tempat belajar mengenai perhubungan radio, aku join 13 Skuadron Semboyan PSTD. Mungkin kat situ boleh belajar tang radio kot... dan dari situlah aku mengenal alat perhubungan VHF/HF dan Morse Code. No. tentera ingat lagi, 197992(PSTD) berpangkat Signaller. Masa latihan tu lah dok usung TRA/PRC, anak gajah lengkap ngan kabel antena. Lima tahun kat rejimen semboyan tu. Aku berhenti masa selepas JPA hantar aku buat latihan industri 'Look East Policy' di Jepun.

Masa kat Jepun tu, adalah cerita kelakar, masa aku pasang antena guna kabel letrik kat atas bumbung asrama, sebab nak dapatkan siaran radio malaysia. Tah macamana, tetiba sebuah helikopter terbang rendah kat atas bumbung tu dan lepas tu, bergegas instructor aku suruh turun semula. Rupanya heli tu polis punya, dia ingat aku nak terjun bumbung nak bunuh diri. He he... maka dapatlah aku dengar siaran radio malaysia sabah tiap-tiap malam (siaran guna SW) yang dipancarkan dari Sabah. Taklah boring sangat. Bila balik ke malaysia, aku masih mencari tempat untuk join ham tapi masih tak berjumpa sehinggalah aku dengar NESRAC ada kat Seremban. Aku terus join hinggalah sekarang ni.