Stesen radio amatur saya.

Untungnya Jadi Ham, Banyak Dapat Belajar.

Alkisahnya aku ni kira beruntung jadi ham. Kerna hamlah aku dapat merayau satu malaya termasuk sabah dan sarawak. Apa taknye, masatu satu unit baru ditubuhkan di jabatan aku. Unit ICT dibawah Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia. Unit yang baru ini melaksanakan kerja-kerja khas berkenaan projek ICT. Aku telah diarahkan bersama-sama dengan unit ini melaksanakan projek-projek di seluruh negara. Antara projek tersebut ialah projek USP Fasa I hingga USP Fasa V, USP MCMC (SKMM), Projek Solar Schoolnet, Projek Solar Hibrid dan Projek Campus Networking. Projek ni banyak melibatkan teknologi baru seperti VSAT, Solar System dan Networking System. Banyak pengalaman yang boleh didapati semasa aku jaga projek ni. Ceritqa banyak pun tak guna setakat cukuplah dengan pengalaman yang ada.

No comments: