9w2lud membuat pengujian dan penalaan VSAT.
Satelit Measat 3a di angkasa
Telefon awam menggunakan teknologi VSAT.
VSAT
Astro
Kawasan liputan signal (Footprint) Satelit
Komunikasi Satelit.

Satelit adalah merupakan suatu penerima dan pemancar tanpa wayar (wireless) yang diletakkan pada orbitnya di sekitar bumi. Ada ratusan satelit yang telah dan sedang beroperasi. Satelit banyak digunakan untuk siaran televisyen, penelitian cuaca, komunikasi awam dan radio amatur, komunikasi internet,penentu arah kedudukan (GPS), pencarian sumber daya alam dan keperluan ketenteraan.

Kaedah satelit digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk gelombang mikro untuk mewakili suara, data, dan video. Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder (radio kecil dan khusus) yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat. Satelit bertindak sebagai stesen perambat (relay) diantara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain. Frekuensi isyarat yang dipaut naik (uplink) ke satelit berbeza dengan frekuensi isyarat yang dipaut turun (downlink) ke stesen bumi. Jenis satelit dikelaskan menurut kedudukan satelit dari paras bumi dan juga frekuensi isyarat untuk paut naik dan paut turun.

Satelit Orbit Bumi Geosegerak (Geosynchrounos Earth Orbit - GEO)

Satelit yang berada di orbit geosegerak mengekalkan kedudukan satelit mengikut kedudukan bumi. Satelit yang ditempatkan tempat di atas khatulistiwa dan selalunya berada di paras 36000 km dari bumi. Satelit ini mengelilingi bumi setiap 24 jam dan kelihatannya tidak bergerak di langit. Contoh satelit ini ialah satelit yang digunakan oleh Astro. Biasanya satelit tersebut digunakan untuk satelit komunikasi dan siaran televisyen. Satu satelit GEO dapat “melihat” 40% permukaan bumi, jadi dengan tiga satelit GEO dengan interval yang sama (120 darjah) dapat mencakup seluruh permukaan bumi. GEO satelit dapat diakses dengan menggunakan antena parabola yang berada di permukaan bumi.

Satelit Orbit Bumi Pertengahan (Medium Earth Orbit - MEO)

Satelit berada diorbit pertengahan, iaitu kira-kira 10,000 – 15,000 km dari bumi. Satelit ini nampak bergerak di langit. Pengguna perlu berpindah dari satu satelit ke satelit MEO yang lain untuk tujuan pengekalan komunikasi.

Satelit Orbit Bumi Rendah (Low Earth Orbit - LEO)

Satelit berada diorbit rendah, iaitu kira-kira sehingga 3,000 km dari bumi. Kebanyakkan berada hanya beratus kilometer dari bumi. Satelit ini nampak bergerak di langit. Pengguna perlu berpindah dari satu satelit ke satelit LEO yang lain untuk tujuan pengekalan komunikasi. Satelit ini bergerak lebih cepat dari bumi, sehingga memerlukankan waktu antara 90 minit sampai beberapa jam untuk mengakses satelit ini. Kebanyakan satelit LEO digunakan untuk penggunaan telefon satelit.

Satelit Orbit Tinggi Bujur Panjang (Highly Elliptical Orbit - HEO)

Diletakkan pada 500 km hingga 50 ribu km dari permukaan bumi. Tempoh putaran orbitnya adalah 24 jam. Contohnya International Space Station (ISS). Satelit mengitari bumi dengan mengikut orbit bujur panjang, kecepatannya akan bertambah bila berada di orbit rendah (perigee), dan berkurang bila berada di orbit tinggi (apogee), beberapa satelit digunakan untuk operator radio amatur dengan menggunakan antena yang selalu disesuaikan dengan kedudukan satelit tersebut di angkasa.

Komunikasi internet satelit adalah komunikasi internet tanpa kabel yang menggunakan satelit GEO sebagai media penyaluran data untuk internet. Komunikasi internet melalui satelit ini biasanya digunakan di lokasi-lokasi tertentu yang tidak terjangkau oleh kabel, samada kabel analog/digital ataupun kabel optik. Terdapat 2 jenis sistem yang biasa digunakan:

1.Komunikasi Internet Satelit Searah (Satu Arah).

Komunikasi internet satelit searah adalah dengan menggunakan satelit sebagai media penerima komunikasi internet (downlink) dan menggunakan media lainnya seperti talian telefon (dial-up) untuk mengirim data seperti permintaan untuk membuka halaman web selanjutnya. Kebanyakan dari trafik internet yang digunakan oleh pengguna internet adalah memuat-turun (download) atau mengambil data-data berkapasiti besar, seperti teks, gambar, video streaming dan banyak lagi, sehingga memerlukan kapasiti downlink yang besar, sedangkan untuk pengiriman data atau uplink hanya terdiri dari teks berkapasiti kecil, mudah dan dapat dikirim melalui kabel telefon yang cukup lambat sekalipun. Kabel telefon ini biasanya dapat digunakan untuk menyalurkan data internet sebesar 28,8 kbps sehingga 57.6 kbps (tergantung modem pengguna). Data yang dihantar masuk ke pengguna umumnya adalah data besar yang memerlukankan internet kecepatan tinggi. Dalam hal tersebut, untuk mengurangi pembelian alat-alat ‘upstream’ melalui satelit yang cukup mahal, maka beberapa ISP mengadakan muat-turun (downlink) komunikasi internet searah, hanya arah pautan bawah (downlink) sahaja.

Keuntungan satelit searah jika dibandingkan dengan penggunaan internet melalui kabel adalah kawasan litupan yang lebih luas. Kerugian internet satelit searah adalah ‘delay’ yang lebih panjang (500 ms untuk uplink dan downlink). Meskipun ‘delay’ ini dikatakan kurang bererti kerana terjadi bukan disebabkan kepadatan trafik, namun tetap memberikan kesan untuk lokasi yang memang lambat dan terlalu panjang jumlah ‘hop’nya.

Catatan : delay dan jumlah hop tidak menggambarkan kecepatan sebenar.
- memmerlukan sambungan peralatan tambahan untuk ‘upstream traffic’, memerlukan kos tambahan.
- tarif dikenakan berdasarkan besarnya jumlah ‘Data Transfer’.

2.Komunikasi Internet Satelit Dua Arah.

Pada dasarnya, satelit adalah untuk menerima dan memancarkan gelombang elektromagnetik. Melalui gelombang inilah data internet dipancarkan. Untuk menggunakan satelit dua arah ini diperlukan stesen bumi (earth station) dan antena parabola yang digunakan untuk memancarkan dan menerima data internet. Untuk mendapatkan komunikasi dengan sistem ini memerlukan alat-alat yang sangat mahal.

Very Small Aperture Terminal (VSAT) adalah terminal pemancar dan penerima komunikasi internet satelit dua arah yang tersebar di banyak lokasi dan terhubung ke ‘central hub’ melalui satelit dengan menggunakan antena parabola berdiameter hingga 4 meter. Satelit berfungsi sebagai penghantar signal untuk dikirimkan ke lokasi lainnya di atas bumi. Sebenarnya piring parabola VSAT tersebut menghadap ke sebuah satelit GEO yang merupakan satelit yang selalu berada di tempat yang sama seiring dengan perputaran bumi.

Kebaikan VSAT

- Pemasangannya cepat.

- Jangkauan terjauh dapat mencapai setengah permukaan bumi.

Kekurangan VSAT

- Penyambungan mudah gangguan terutama kesan cuaca (terhadap molekul air).

- Memerlukan kawasan yang luas terutama untuk piring parabola.Secara umum, sistem ini bekerja pada frekuensi KU Band dan C Band. Ku Band digunakan di Eropah. Amerika Utara menggunakan antena VSAT ukuran kecil. C Band banyak digunakan di Asia, Afrika dan Amerika Latin dan memerlukan antena yang lebih besar.

Frekuensi dan Band untuk satelit.

Dalam sistem komunikasi satelit terdapat jaluran (Band) untuk frekuensi tertentu yang telah ditetapkan.

L Band 1 to 2 GHz

S Band 2 to 4 GHz

C Band 4 to 8 GHz

X Band 8 to 12 GHz

Ku Band 12 to 18 GHz

K Band 18 to 26.5 GHz

Ka Band 26.5 to 40 GHz

Q Band 30 to 50 GHz

U Band 40 to 60 GHz

V Band 50 to 75 GHz

E Band 60 to 90 GHz

W Band 75 to 110 GHz

F Band 90 to 140 GHz

D Band 110 to 170 GHz

Sistem satelit adalah mahal tetapi kos efektif untuk menghantar data yang banyak.Keluasan liputan satelit di bumi disebut kesan tapak kaki (footprint). Kedudukan antara satelit perlu mengikut peraturan tertentu untuk mengelak dari gangguan isyarat antara satu sama lain. Terdapat dua jaluran yang kebiasaannya digunakan untuk penghantaran dan penerimaan signal dalam komunikasi satelit iaitu Ku Band dan C Band (termasuk Extended C Band).

Ku band adalah sebahagian dari spektrum elektromagnetik dengan jarak frekuensi dalam gelombang mikro mencapai 11.7GHz hingga 12.7 GHz (downlink) dan 14Ghz hingga 14.5 GHz (uplink). Ku band atau Kurtz-Under band banyak digunakan pada satelit komunikasi khususnya untuk penerbitan dan penyiaran televisyen berbayar. Ku band juga digunakan untuk penghantaran dan penerimaan signal telefon dan layanan komunikasi perniagaan.

Sistem Ku Band memiliki kuasa pancaran yang lebih besar untuk mencegah bercampur-aduk dengan sistem gelombang mikro bumi dibandingkan sistem C Band. Dengan sistem ini kuasa pengiriman signal berhubungkait dengan ukuran piring parabola. Jadi semakin besar kuasa pancarannyanya maka ukuran piring yang diperlukankan untuk menangkap signal tersebut akan semakin kecil.

Sistem Ku Band menawarkan fleksibiliti yang lebih besar. Selain itu, Ku band juga lebih tahan gangguan dibandingkan dengan Ka Band. Sistem Ku Band juga lebih murah dari segi harga kerana hanya memakai satu piring antena yang kecil. Sistem Ku Band amat mudah diganggu terutama terhadap cuaca seperti ketika hujan lebat. Hujan yang lebat dapat mengganggu proses penerimaan dan pengiriman signal bagi satelit yang memakai sistem Ku Band.


C Band adalah sebahagian dari spektrum elektromagnetik dengan jarak frekuensi dalam gelombang mikro mencapai 4GHz hingga 8GHz.

Kelebihan C Band

Untuk komunikasi satelit, frekuensi gelombang mikro dari C Band lebih baik jika dibandingkan dengan frekuensi gelombang mikro Ku Band dalam keadaan cuaca buruk. Cuaca buruk tersebut berhubungkait dengan wap air di udara.

Kelemahan C Band

Pancaran signal C Band memiliki kelemahan dalam menghindari sistem gangguan gelombang terutama gelombang mikro di permukaan bumi (terrestrial). Dibandingkan dengan Ku Band yang memiliki kemampuan untuk meningkatkan ‘downlink’ dan bersifat fleksibel. Kelemahan lain dari C Band adalah dalam segi kos. Kos untuk sistem C Band lebih mahal daripada Ku Band.

Kelebihan sistem satelit ialah keluasan muka bumi yang dapat diliputinya, bermuatan tinggi dan kos yang rendah untuk setiap pengguna. Antara kekurangan satelit adalah:

(a) Isyarat bertambah lemah/hingar untuk jarak yang jauh, keadaan cuaca dan aktiviti solar yang berlebihan;

(b) Berguna untuk tempoh masa 7-10 tahun kerana ia akan lari dari orbit sebenar selepas itu;

(c) Data yang dipancar boleh didengar oleh sesiapa kecuali data disulitkan;

(d) Pancaran satelit boleh diganggu oleh orang lain;

(e) Kos yang tinggi untuk pemasangan dan pelancaran;

(f) Memerlukan parabola dan penyahkod;

(g) Terdapat kelengahan dalam penerimaan isyarat (dapat dirasa dalam perbualan telefon)

9w2lud Base Station.

Radio amatur. Antara hobi dan bakti.

Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif selain dari menggunakan telefon bimbit dan Internet. Jutaan pengguna dari segenap pelusuk dunia memilih Radio Amatur sebagai satu hobi. Di Malaysia, pengendali hobi ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki Peperiksaan Radio Amateur Examination (RAE) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Umur minima bagi menduduki peperiksaan ini ialah 14 tahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya, organisasi yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen dan isu-isu berkaitan dengannya. Dalam hubungan ini, sopan santun adalah kunci utama kepada pengendalian yang sempurna..

Radio amatur bukan sekadar alat komunikasi sesama ahli atau dengan pengguna lain, tetapi turut membantu ketika kecemasan seperti tanah runtuh, sesat di dalam hutan, banjir kilat atau nahas di darat, udara mahu pun air, apabila komunikasi sedia ada tidak dapat digunakan atau tiada perkhidmatan komunikasi di kawasan tersebut. Jika berlaku kecemasan atau bencana alam yang menyebabkan komunikasi sediada tidak boleh digunakan, perkhidmatan radio amatur amat diperlukan. Jika sebelum ini peralatan komunikasi seperti telefon bimbit digunakan untuk berhubung, radio amatur memudahkan proses itu, khususnya di kawasan yang tiada talian komunikasi dan juga bekalan elektrik, kerana radio amatur boleh berfungsi melalui tenaga bateri atau generator.

Penulis mula meminati bidang radio amatur semasa masih menuntut di kolej. Selalu juga membaca majalah-majalah berkenaan elektronik seperti Practical Wireless dan Electronic Today. Di dalam majalah tersebut ada diiklankan tempat-tempat kursus dan cara bagaimana hendak menjadi seorang ahli radio amatur. Di negara kita tidak terdapat tempat yang memberi tunjuk-ajar dan cara bagaimana untuk menjadi seorang ahli radio amatur. Radio amatur pada masa itu dikategorikan sebagai kelab atau grup yang eksklusif. Hanya mereka dikalangan bertaraf tinggi sahaja yang layak memiliki lesen radio amatur seperti hakim, doktor, peguam dan pengurus estet. Hanya selepas era perang dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, barulah radio amatur mula berkembang dikalangan rakyat biasa.

Penulis hanya mendapat lesen radio amatur dengan tanda panggilan 9W2LUD kira-kira 5 tahun lepas itupun setelah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ditubuhkan. Itupun setelah penulis berkecimpung dalam komunikasi perhubungan radio dengan menganggotai an Rejimen Semboyan 13 Skuadron (PSTD). Minat yang mendalam dalam alat komunikasi radio, menyebabkan penulis sanggup memakai pakaian askar demi mempelajari bidang komunikasi radio.

Buat masa ini, penulis bersama rakan-rakan radio amatur telah mula bergerak ke hadapan dengan harapan untuk memberikan bantuan dalam komunikasi radio kepada yang memerlukan sebagai satu sumbangan bakti untuk masyarakat. Dengan tertubuhnya Seremban Communication and Rescue (SerembanCORE), maka tercapailah hajat keseluruhan para ahli radio amatur di negara ini.

Ramai yang bertanya, apakah itu Seremban Communication and Rescue (SerembanCORE)?. Sebutannya adalah 'Seremban Ko'. SerembanCORE adalah salah satu unit pencari dan penyelamat yang turut bergabung dibawah unit CORE Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), WP K.Lumpur. Anggotanya adalah terdiri dari sukarelawan VAD (Volunteer Aid Detachment) yang mempunyai kad keahlian BSMM. Anggota SerembanCORE juga adalah merupakan ahli radio amatur dan kepada ahli yang belum mendapat ASAA dari MCMC akan menduduki kelas RAE. Ini adalah bagi memastikan setiap anggota SerembanCORE mempunyai tanda panggilan amatur.

Kenapa ahli radio amatur sahaja digalakkan menyertai unit CORE atau SerembanCORE?. Dalam aktiviti mencari dan menyelamat, perkara ini semua sudah diketahui umum. Apabila berlaku sesuatu kecemasan atau bencana alam, ramai ahli radio amatur ingin turut serta dalam operasi tersebut. Ini adalah selaras dengan perkara (c) dan (i) dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh MCMC. Masalahnya adalah apabila ahli radio amatur tidak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian untuk turut bersama membantu. Sebenarnya, ini kerana tidak memahami dasar dan peraturan. Di negara kita, apabila berlaku sebarang kejadian bencana atau kecemasan, semua tanggungjawab adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN). MKN membuat peraturan dan bidang kuasa pihak yang terlibat dalam operasi. Contohnya: MKN 20 adalah merupakan peraturan yang dibuat apabila berlaku sebarang bencana alam atau kecemasan dan pihak yang bertanggungjawab semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR). Di sinilah kenapa konvoi ahli radio amatur berhenti di pintu pagar operasi dan tidak dapat menyertai operasi tersebut, lalu berkumpul beramai-ramai dan setakat melaporkan melalui jaluran frekuensi aktiviti yang sedang berlaku seperti juruhebah radio tanpa gaji.....

Kenapa bergabung dengan BSMM? Umum telah mengetahui, BSMM adalah sebuah badan dan terletak di bawah Akta Parlimen. BSMM bukan sebuah persatuan atau NGO. Di sini apa yang kami nampak, BSMM boleh dijadikan tempat untuk ahli radio amatur turut bergabung bersama-sama dalam operasi SAR. Melalui pengalaman SerembanCORE dalam operasi mencari dan menyelamat pegawai TLDM yang hilang di Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang, kami dapat merasakan betapa kami sebagai ahli radio amatur dapat bergabung di bawah satu bendera iaitu BSMM. Kami dapat mencurahkan khidmat bakti kami dalam operasi tersebut. Kami amat dialu-alukan dan bersama-sama berada di bilik operasi (DCC). Kami tidak perlu melaung meminta supaya dasar MKN20 digubal semula dan memasukkan radio amatur sebagai sebuah pasukan dalam senarai tersebut.

Malah penulis juga berbangga apabila pihak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mula memberikan pandangan positif mengenai radio amatur. Penulis telah dijemput sebagai penceramah mengenai radio amatur di Politeknik Port Dickson. Malah beberapa pelajar tahun akhir telah dipilih oleh pihak politeknik membuat projek akhir pengajian mengenai radio amatur dibawah bimbingan penulis.

Teringat penulis kepada kata-kata seorang rakan amatur dari Jepun.... "Radio amateur is for everybody. I mean from the grass root to the top level without limitation of using it" Majulah radio amatur untuk kemajuan negara kita.
Belajor buat kueh deran ngan orang iban di Long Teru, Ulu Baram.
Masyarakat iban membuat kueh deram
Ni nasi beras bario, dimasak lembik dan dibungkus dalam daun tar... sedap.
Pulut hitam pun dibungkus dalam daun.... pun sedap dimakan.
Makan lauk belalang goreng masa nak pergi ke kampung Pa Dalih....
Umai... makanan asli dari Sarawak.
Buah tarap terkenal di Sabah dan Sarawak.
Sup daging rusa. Kalau nak makan boleh jumpa di Kota Kinabalu, Sook dan Nabawan.
Obento. Bekalan makanan tengahari semasa berkursus di jepun selama 6 bulan
Mee Kolok. Terkenal di Sarawak. Terdapat juga di Tawau, Sabah.

Tempat orang, tempat kita....

Banyak merantau maka banyaklah pengalaman merasa makanan di tempat orang. Macam-macam rupa jenis makanan yang telah dirasa dan di telan. Janji kenyang.......
Istana Maimun, Medan.
Lapangan Terbang Polonia, Medan.
Garuda Hotel, Medan
Gambar kenangan di Danau Toba.

Melancung.

Dulu memang aku suka berjalan melihat tempat orang. Semasa ke Medan, aku juga berkunjung ke Permatang Siantar, Parapat, Danau Toba dan Brastagi. Banyak tempat-tempat menarik terutama di Danau Toba. Disamping itu, aku juga suka membawa keluarga berjalan-jalan melihat tempat orang lain. Hampir seluruh negeri kecuali Sarawak yang aku belum bawa keluarga aku makan angin. Mungkin satu hari nanti, aku akan bawa mereka ke Sarawak walaupun sebenarnay mereka cuma pernah singgah sebentar di Miri, Sibu dan Kuching ketika menaiki kapalterbang untuk pulang ke Semenanjung dulu ketika kami sekeluarga menetap di Labuan.








Kerja TNC Projek Campus Networking IPG Tawau, Sabah.

Membuat kerja-kerja tnc untuk projek campus networking di Institut Perguruan Tawau dan Keningau, Sabah.







Projek USP dalam kenangan.

Projek USP yang dilancarkan oleh kerajaan telah banyak memberikan aku pengalaman di tempat orang. Aku telah diminta oleh pihak pengurusan atasan supaya memberikan sedikit penerangan mengenai projek tersebut kepada setiap tapak projek samada di klinik atau perpustakaan desa.






Kilang sagu di Matu Daro, Sarawak.

Aku berkesematan singgah melawat kilang sagu di sebuah kampung di daerah Matu Daro, Sarawak semasa membuat 'site survey' untuk projek USP Fasa 3. Aku pergi ke sana dengan pegawai dari perpustakaan negeri Sarawak.

Kenangan dulu.... 13 Skuadron Semboyan PSTD.

Saya pernah menjadi anggota pasukan simpanan tentera darat (PSTD) di 13 Skuadron Semboyan (PSTD) dan menjalani berbagai latihan ketenteraan. Tujuan utama saya menganggotai rejimen ini adalah semata-mata untuk mempelajari teknik perhubungan radio yang memang saya minati. Pada masa tersebut tiada tempat latihan alat perhubungan radio untuk menjadi seorang ahli radio amatur.
Membuat lukisan elektrik.
Memasang cable tray.
Berehat di rumah Ryokan, Kyoto, Japan.
Makan malam mengikut tradisi orang jepun.

Tea Ceremony
Gadis jepun sedang menyediakan minuman teh.
Sempat bermain salji di Matsumoto, Japan.
Lapangan Terbang Taiwan... berhenti sekejap..

Kenangan Dulu-Dulu.............. Jepun.

Gambar kenangan semasa menjalani latihan perindustrian di bawah program Look East Policy. Sempat berada di negara Jepun selama enam (6) bulan..... Saya membuat latihan di Toko Denki Koji, Ichikawa-Shi, Chiba, Jepun. Berbagai-bagai latihan dari pendawaian hinggalah pemasangan kabel optik dibuat di sana. Banyak kenangan dan pengalaman yang dibawa pulang.....