HF antena kat atas bumbong (Inverted V type)
Antena mobile kat keta aku.
Antena mobil kat kete kesayangan aku.
Amateur Station Apparatus Assigment (ASAA) Dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Lesen Penguntukan Radas Radio Amatur.


Stesen radio amatur dikenali 9W2LUD BASE STATION. Kat rumah aku laa....


Peralatan radio amatur yang aku ada hanya inilah saja....


Antena untuk radio amatur.....


Koleksi handy (walkie-talkie).


Some of equipments for electronic testing purpose.


Bagaimana Bermulanya Hobi Radio Amatur.

Hobi ngan radio amatur ini sudah lama..... cuma pada masa dulu-dulu kalau nak main radio ni, agak susah nak ambil AA, tak macam sekaarang ni. Dulu-dulu alamatnya main harami je le. Nak ambik lesen tah kat mana, tak tau tempat nak tuju. Kena pulak masa tu tinggal nun jauh di pendalaman. Kalau tinggal kat KL ke. Penang ke, mungkin mudah sikit nak ambil AA kot...

Aku minat ngan radio amatur ni masa belajar kat kolej lagi. Sebagai student, selalu gak baca majalah elektronik terbitan luar negeri. Kat dalam majalah tu ada iklan, bagaimana nak jadi seorang ham radio. Kena daftar untub belajar dulu ngan mereka.

Oleh kerana terlalu minat dan tiada tempat belajar mengenai perhubungan radio, aku join 13 Skuadron Semboyan PSTD. Mungkin kat situ boleh belajar tang radio kot... dan dari situlah aku mengenal alat perhubungan VHF/HF dan Morse Code. No. tentera ingat lagi, 197992(PSTD) berpangkat Signaller. Masa latihan tu lah dok usung TRA/PRC, anak gajah lengkap ngan kabel antena. Lima tahun kat rejimen semboyan tu. Aku berhenti masa selepas JPA hantar aku buat latihan industri 'Look East Policy' di Jepun.

Masa kat Jepun tu, adalah cerita kelakar, masa aku pasang antena guna kabel letrik kat atas bumbung asrama, sebab nak dapatkan siaran radio malaysia. Tah macamana, tetiba sebuah helikopter terbang rendah kat atas bumbung tu dan lepas tu, bergegas instructor aku suruh turun semula. Rupanya heli tu polis punya, dia ingat aku nak terjun bumbung nak bunuh diri. He he... maka dapatlah aku dengar siaran radio malaysia sabah tiap-tiap malam (siaran guna SW) yang dipancarkan dari Sabah. Taklah boring sangat. Bila balik ke malaysia, aku masih mencari tempat untuk join ham tapi masih tak berjumpa sehinggalah aku dengar NESRAC ada kat Seremban. Aku terus join hinggalah sekarang ni.

3 comments:

azli_9w2zz said...

Salam...

Hah.. hah.. menarik pengalaman anda panjat bumbung kat jepun tu..
Prihatin tul ea GOV Jepun ni...

Slam dari Azli 9W2ZZ

9W2LI said...

Salam Aidil Fitri....Pak Lud...hf rig tu model apa?...ingin tahu saja

73

Unknown said...

sekarang ini boleh buat la antenna atas bumbung untuk point ke point, saya minat