Perkampungan Pa Dalih dari udara.


Bergambar di rumah panjang Rumudi sebelum bergerak ke Pa Dalih.


Jalan Darat Ke Pa Dalih.


Berehat sebentar dalam perjalanan. Awas... pacat kat sini pandai terbang (melenting jauh), dah lah tu, badannya sebesar batang rokok.....


Berehat lagi....


Perjalanan melalui lorong kerbau kalau kat kampung aku..


Demi tugasan...


Lega rasa badan bila kena urut begini....


Ini yang best.... jalan kaki hampir 11jam... sampai je ke rumah penginapan, ada tukang urut pulak..... pehhhh, lega bebenor lerrrr...


Muka ceria lepas kena urut...


Makan pulak tak pakai pinggan..... nasi dalam daun..... sedap sungguh.... kena pulak beras bario.


Rumah d isini ada tempat berganggang kat tengah rumah untuk menghilangkan kesejukan malam...


Jangan tanya kat bilik siapa aku tidor..... Kalau kat rumah aku, mesti bilik anak dara aku .... sebab kata-kata cinta banyak ditulis di penjuru kepala........ he he he...


Projek USP di Klinik Kesihatan Pa Dalih.


Solar panel untuk projek USP.


Telefon awam untuk penduduk Pa Dalih.


Projek USP.


Pelan susunatur peralatan projek USP di Klinik Kesihatan Pa Dalih.


Pemandangan indah Pa Dalih. Di sebelah bukit adalah sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia.


Kenangan Di Kg Pa Dalih, Bario, Sarawak.

Pengalaman berjalan kaki hampir 10jam setengah dari rumah panjang Rumudi. Pa Dalih merupakan sebuah perkampungan kaum kelabit yang terletak 3000 meter dari aras laut. Untuk sampai ke perkampungan ini cuma melalui jalan udara sahaja selain dari jalan darat (kena jalan kaki samada dari Bario atau Rumudi). Terdapat juga jalan sungai tetapi kena berjalan kaki lebih kurang 3 jam dari perkampungan kaum kelabit di Rumudi. Penggunaan jalan sungai agak begitu menggerunkan kerana terdapat banyak jeram jika hendak ke sana. Saya terpaksa berjalan kaki kerana dimaklumkan jarak perjalanan dalam 4 jam sahaja. Sebenarnya ia mengambil masa yang lebih panjang lagi kerana jurupandu-arah mengatakan hanya sebatang rokok sahaja untuk sampai ke destinasi.

Untuk makluman, Pa Dalih adalah terletak di tanah tinggi dan keadaan suhu yang sangat sejuk pada malam hari. Lebih sejuk dari Bukit Fraser. Perkampungan ini terletak berhampiran sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

No comments: