Stesen Keretapi Tenom
Dalam gerabak keretapi untuk ke Panggi, Sabah.

Perjalanan Darat Naik Keretapi.


Aku memang sejak dari kecil dah biasa naik keretapi. Maklumlah dulu tiada jalanraya kat kampung aku. Yang ada cuma jalan keretapi saja. Sempat naik keretapi menggunakan arang batu dulu-dulu (sekarang nie kepala keretapi tu ada kat Muzium Negara). Pengalaman naik kereta nie merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat. Tak pernah aku mabuk naik keretapi, tapi yang ini boleh buat aku mabuk free. Sebabnya goyanganya yang menggoncangkan badan dan perut aku. Nak jadi cerita, dua minggu selepas aku naik, keretapi tu terjun masuk Sungai Padas, Beufort, Sabah. Masa tu aku masih buat kerja kat sana..... masuk muka depan surat khabar. Lepas ni mungkin tak rasa lagi pengalaman tu sebab tracknya dah ditukar baru.......

No comments: