Parabola telah dipasang sedia untuk dibuat penalaan ke satelit di angkasa.


Membuat penalaan parabola menggunakan alatan ujian spectrum analyser untuk memastikan parabola dan satelit berada dalam 'line of sight' dan ujian kekuatan signal penerimaan dari satelit.


Pemasangan splitter uit pada kabel sambungan dari LNB ke dekoder dan meter pengujian Spectrum Analyser.


Splitter Unit.


Spectrum Anayliser.


Kabel penyambungan Spectrum Anayliser ke Splitter Unit.


Dekoder dan Modem serta telefon pejabat.


Komputer untuk projek USP. Dari sini (modem/dekoder dalam rak di penjuru bilik)) akan disambungkan ke telefon awam dan telefon pejabat. Komputer juga digunakan untuk membuat setting peralatan VSAT menggunakan Hyper Terminal.


Telefon Awam. JKR pun terlibat melaksanakan projek telefon awam nih.......


Membuat pemeriksaan akhir pada parabola.


Sistem VSAT telah sedia untuk digunapakai.

Pemasangan Sistem Very Small Aparture Terminal (VSAT).

Sebagai seorang ahli radio amatur (hamradio) saya sangat gembira kerana berpeluang terlibat dalam sistem komunikasi satelit. VSAT adalah merupakan sistem komunikasi satelit yang digunakan dalam projek USP. Projek yang diuruskan oleh Unit Perunding ICT, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Lebih banyak ilmu yang berguna melalui projek ini saya dapati. Pengalaman ini sangat berguna sebagai seorang radio amatur seperti saya.

2 comments:

baharudin md ali said...

assalamualaikum molok,,,kawan pun meranto juge,,dah 20 taun kat taman negara,,anok kawan ade kat kucing,,kat sejingkat

Khairuddin said...

Salam....molek la awak minat dari sekolah dulu...suka barang2 letrik